Friday, February 7, 2014

Qarin dan roh mati

Qarin yang tidak berada dalam pengalaman 'Ubudiyyah ketika berdampingan dengan manusia (temannya) akan digunakan oleh para pemuja roh untuk tujuan rawatan atau mengajar silat ghaib mahupun melakukan kegiatan-kegiatan lain. Oleh itu, yang hadir apabila diseru ketika Silat Sunda bukanlah roh orang yang telah mati tetapi Qarin. Diaktaan Qarin kerana tidak ada roh yang berkongsi dalam satu jasad atau mendatangi jasad lain yang telah dikosongkan. Fajaman Tana sukh al-Arwah ini adalah fahaman yang dianuti oleh penganut agama Brahma.

Qarin ialah sejenis jin yang sentiasa mendampingi manusia sejak manusia itu dilahirkan hingga ke akhir hayatnya. Qarin memiliki sahsiah dan watak yang sama dengan seseorang yang didampinginya. Beza antara Qarin dengan manusia yang dedampinginya ialah dari sudut jisim. Jisim manusia adalah berbentuk Maddah sedangkan Qarin dari jenis jin berunsurkan jisim halus.